13/08/2011

SELAMAT HARI KIDAL !

ASSALAMUALAIKUM !

Image description

selamat hari kidal guys ! hahaa.
taktau la pulak aku ada sambutan hari kidal.tu pun sebab tengok berita tadi..

tajuk dia TANGAN KIRI..UNIK..ISTIMEWA...

auuwwww ! hahaaa.

betul ke tangan kiri ni unik ? istimewa ? huu..

of coz la. kan korang?.. ada advantages and disadvantages jugak orang yg tangan kidal nih..sama jugak orang yang tangan kanan tu..tapi tangan kanan tu kan memang dah normal la tuh..cuma nya yang tangan kiri nih bilangan nya sikit. boleh dikira lah..lain dari yang lain. ;)


Fakta menarik untuk mereka yang kidal ! including me ;)
  1. Hari Tangan Kiri Sedunia diraikan bermula 13 Ogos 1976 oleh Persatuan Tangan Kiri Antarabangsa.
  2. 7 % daripada populasi manusia di dunia adalah bertangan kiri. *kira special lah ni. 
  3. Selain digelar "Lefties", si kidal ni jugak digelar "Southpaws"
  4. Seorang daripada 4 orang angkasawan Apollo adalah kidal
  5. 4 daripada 5 orang pencipta asal Macintosh adalah kidal 
  6. George W.Bush, Bill Clinton dan Barack Obama adalah seorang yang kidal
  7. Pablo Picasso, Isaac Newton, Albert Einstein, Leonardo DaVinci, Michelangelo juga kidal
  8. Orang yang bertangan kiri, adalah lebih mudah melihat apabila dalam air berbanding yang tangan kanan
  9. Kebanyakan peralatan dicipta untuk orang yang bertangan kanan contohnya, pemetik api dapur
  10. Ada beberapa syarikat yang mengeluarkan barangan khas untuk mereka yang kidal.



Apa yang susahnya menjadi kidal ni ?

Bila semua barang dicipta untuk golongan tangan kanan. Contohnya, gunting. Ada sesetengah gunting memang dicipta khusus mengikut bentuk jari, terutama di bahagian ibu jari. Untuk golongan kidal, ktorang terpaksa sesuaikan mengikut penggunaan sendiri.Orang lain pon mesti tengok pelik.




Kalau time menulis pulak, mostly pen akan ada tulisan di atasnya.Cam brand apa, saiz mata brape..Orang yang tangan kanan boleh baca tulisan tu dengan baik, tapi golongan kidal plak terpaksa membaca dalam kedudukan terbalik.Tapi tu bukan masalah besar pon ;)




Ni part paling kesian.Cer korang tengok kamera korang, tak kisah la kamera digital ke DSLR. Button 'shutter release' untuk tekan ambik gambar kt mane ? Left or Right ? hah.





ok.Paling besar masalah aku pasal left-handed nih kan pasal makan..Makan pakai tangan kiri ??
eh2..takla..Kalau pakai tangan tu automatically aku makan pakai tangan kanan..
Cumanya bila makan pakai sudu n garfu..Memang masalah buat aku..
Aku akan pegang sudu ngn garfu bersilang..Sudu sebelah kiri n garfu sebelah kanan..Memang tak ikut protokol la. ;p
Kalau sudu sebelah kanan boleh.tapi memang lambat kuasa dua la aku makan.. ;)
Lagi masalah pasal makan nih..bila aku menyuap makanan dengan sudu pakai tangan kiri, mesti siku aku akan berlaga dengan orang yg duduk dekat sebelah aku..hish.tu belum kira orang tengok pelik sebab suap pakai tangan kiri.


Banyak lagi sebenarnya barang yang budak2 left-handed macam aku ni kena sesuaikan..tapi tu bukan masalah besar pun.take it as challenge ! hahaa.. ;) 


Papepon, golongan yang ber tangan kidal ni adalah golongan yang istimewa. not OKU lah !
hahaa.. PROUD TO BE LEFT-HANDERS

Selamat Menyambut Hari Kidal Sedunia !

the kidal, 


No comments:

Post a Comment