13/08/2011

SELAMAT HARI KIDAL !

ASSALAMUALAIKUM !

Image description

selamat hari kidal guys ! hahaa.
taktau la pulak aku ada sambutan hari kidal.tu pun sebab tengok berita tadi..

tajuk dia TANGAN KIRI..UNIK..ISTIMEWA...

auuwwww ! hahaaa.

betul ke tangan kiri ni unik ? istimewa ? huu..

of coz la. kan korang?.. ada advantages and disadvantages jugak orang yg tangan kidal nih..sama jugak orang yang tangan kanan tu..tapi tangan kanan tu kan memang dah normal la tuh..cuma nya yang tangan kiri nih bilangan nya sikit. boleh dikira lah..lain dari yang lain. ;)


Fakta menarik untuk mereka yang kidal ! including me ;)
  1. Hari Tangan Kiri Sedunia diraikan bermula 13 Ogos 1976 oleh Persatuan Tangan Kiri Antarabangsa.
  2. 7 % daripada populasi manusia di dunia adalah bertangan kiri. *kira special lah ni. 
  3. Selain digelar "Lefties", si kidal ni jugak digelar "Southpaws"
  4. Seorang daripada 4 orang angkasawan Apollo adalah kidal
  5. 4 daripada 5 orang pencipta asal Macintosh adalah kidal 
  6. George W.Bush, Bill Clinton dan Barack Obama adalah seorang yang kidal
  7. Pablo Picasso, Isaac Newton, Albert Einstein, Leonardo DaVinci, Michelangelo juga kidal
  8. Orang yang bertangan kiri, adalah lebih mudah melihat apabila dalam air berbanding yang tangan kanan
  9. Kebanyakan peralatan dicipta untuk orang yang bertangan kanan contohnya, pemetik api dapur
  10. Ada beberapa syarikat yang mengeluarkan barangan khas untuk mereka yang kidal.



Apa yang susahnya menjadi kidal ni ?

Bila semua barang dicipta untuk golongan tangan kanan. Contohnya, gunting. Ada sesetengah gunting memang dicipta khusus mengikut bentuk jari, terutama di bahagian ibu jari. Untuk golongan kidal, ktorang terpaksa sesuaikan mengikut penggunaan sendiri.Orang lain pon mesti tengok pelik.




Kalau time menulis pulak, mostly pen akan ada tulisan di atasnya.Cam brand apa, saiz mata brape..Orang yang tangan kanan boleh baca tulisan tu dengan baik, tapi golongan kidal plak terpaksa membaca dalam kedudukan terbalik.Tapi tu bukan masalah besar pon ;)




Ni part paling kesian.Cer korang tengok kamera korang, tak kisah la kamera digital ke DSLR. Button 'shutter release' untuk tekan ambik gambar kt mane ? Left or Right ? hah.





ok.Paling besar masalah aku pasal left-handed nih kan pasal makan..Makan pakai tangan kiri ??
eh2..takla..Kalau pakai tangan tu automatically aku makan pakai tangan kanan..
Cumanya bila makan pakai sudu n garfu..Memang masalah buat aku..
Aku akan pegang sudu ngn garfu bersilang..Sudu sebelah kiri n garfu sebelah kanan..Memang tak ikut protokol la. ;p
Kalau sudu sebelah kanan boleh.tapi memang lambat kuasa dua la aku makan.. ;)
Lagi masalah pasal makan nih..bila aku menyuap makanan dengan sudu pakai tangan kiri, mesti siku aku akan berlaga dengan orang yg duduk dekat sebelah aku..hish.tu belum kira orang tengok pelik sebab suap pakai tangan kiri.


Banyak lagi sebenarnya barang yang budak2 left-handed macam aku ni kena sesuaikan..tapi tu bukan masalah besar pun.take it as challenge ! hahaa.. ;) 


Papepon, golongan yang ber tangan kidal ni adalah golongan yang istimewa. not OKU lah !
hahaa.. PROUD TO BE LEFT-HANDERS

Selamat Menyambut Hari Kidal Sedunia !

the kidal, 


12/08/2011

RAMADHAN dan PENGAMPUNAN

assalamualaikum ;)

nak share sikit ilmu.
enjoy reading !


Sekarang ini kita baru bermula fasa kedua iaitu dipanggil syahrul magfirah (pertengahaannya pengampunan) iaitu dari 11 - 20 Ramadan.
Dalam fasa kedua ini Allah SWT. menerima dan memberi pengampunan kepada hamba-hamba-Nya yang merayu , berdoa dan memohon keampunan dari-Nya. Apakah ada tanda-tanda atau kesan dari fasa kedua ini yang telah memberi kesan pada kita?
Tanda Allah SWT menerima dan mengampuni hamba-hamba-Nya ialah ia merasakan dalam hati tidak mahu lagi melakukan dosa-dosa samaada besar atau kecil, menginsafi akan kesalahan-kesalahan lama yang ia telah lakukan dan terus merasai seronok dengan amal ibadah, zikrullah dan amal soleh. Dalam hati dan jiwanya merasai bahawa hidup didunia hanya sementara dan kehidupan dihari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Didalam fikirannya terbayang-bayang kehidupan di syurga yang penuh nikmat dan juga azab neraka yang amat dahsyat sekali. Perasaan ini akan menjadi sebagai pendorong dan motivasi untuk ia terus meningkatkan amal soleh dan meninggalkan amal yang buruk dan berdosa.
Setiap kali berdoa dan bermunajat teruskan memohon ampun kepada Yang Maha Pengampun, kerana sifat ini amat disukai oleh Allah SWT. Dan kalau Allah SWT menyukai kita, akan diberi-Nya rahmat dan nikmat seluas-luas-nya , di beri-Nya pengampunan dan akan dibebaskan kita daripada siksaan api neraka.
Amalkanlah membaca doa ini sebelum membuat sebarang permohonan kepada Allah SWT agar diterima oleh-Nya.
"Ya Allah, ampunkanlah bagiku amalan yang telah kukerjakan dan apa yang akan kukerjakan, sesuatu yang aku sembunyikan dan sesuatu yang aku nyatakan, sesuatu yang tidak sengaja kulakukan dan sesuatu yang Engkau lebih mengetahuinya daripadaku. Engkaulah yang terawal dan Engkau yang terakhir, tiada Tuhan selain Engkau."
"Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada azab api neraka dan azab kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal."
"Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada dosa dan hutang."
"Ya Allah, aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar dan tidaklah dapat mengampunkan aku melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan daripada-Mu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّـهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً ۚ وَاللَّـهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 245) 

thanks iluvislam ;)

SALAM RAMADHAN



belum terlambat lagi kan nak ucapkan salam ramadhan.

Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam. semoga bulan yang penuh keberkatan ini kita semua mendapat rahmat dan berkat dari-Nya. 
Amin.

ikhlas dari