30/05/2011

MENTOR 5

assalamualaikum :)

TAHNIAH SALMA & Erra Fazira !!

juara Mentor 5.

masing-masing dapat RM100K giteww..

SHIHA & IQA pun terbaek jugak.cuma bukan rezeki diorg je.

tahniah mentor. ada kualiti. 
bukan tengok rupa je :)

tapi edry handsome oooo tadi.
hihiihi.

pasney tak sabar nak tengok final AF9 plak.
2 minggu je lagi kan ?
kita tunggu.
now aku tengok hazama je kot yang ok.
yang len sume kurengggg.

pape pon aku bukannye minat sangat tengok semua ni oke.. just mengisi masa lapang je.. mak aku yang follow.

Maharaja Lawak je yang the BESt !
Jozan, Sepah n Jambu :)



29/05/2011

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER


assalamualaikum :)


jom join segmen abg B.A.. klik sini je ! :)



23/05/2011

AL-FATIHAH buat mereka

assalamualaikum..



sungguh ceria wajah mereka.
wajah anak-anak yatim dan pelajar Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat sebelum kejadian tanah runtuh 2 hari yang lalu.
kejadian ini menyebabkan 16 nyawa terkorban.
moga Roh mereka yang terkorban dicucuri Rahmat & diletakkan dalam kalangan orang yg beriman.

al-Fatihah buat mereka.....


22/05/2011

urm ....

assalamualaikum :)

urm

stand for

u r mine !

thanks dear .

i'm yours :)

InsyaAllah :)

love,


16/05/2011

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU 

kepada semua guru dan pendidik di Malaysia.
Jasa dan Pengorbanan kalian sangat bernilai untuk anak bangsa.
Terima Kasih atas segala ilmu yang dicurahkan.

KHAS buat guru dan warga pendidik yang berada di :

SEK KEBANGSAAN KAMPONG BAHAGIA (SKKB)

SEK. MEN. KEB. SERI PERAK

MRSM PASIR SALAK

KOLEJ MATRIKULASI KEDAH

UiTM SHAH ALAM

TERIMA KASIH atas segalanya. 
halalkan segala ilmu yang pernah dicurahkan.
jasa kalian tidak akan dilupakan 
:)

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

tidak lupa juga pada bakal guru,

SELAMAT HARI GURU!

love ;)



10/05/2011

suke bace blog kak nadya

assalamualaikum =)

korang kenal tak spe tu kak nadya?..
actually aku pun tak bape kenal kak nadya nih..hihi..

ok.cerita start camnih.
dalam tahun lepas kot..membe aku suh bace satu blog nih (blog kak nadya la)..
dia kate ade cite sedih.
aku pon bacela.
cite sal adik kak nadya sakit..
sedih cerita 2..bergenang jugkla bace.

dari situ aku start follow cite kak nadya nih.time tu aku belum ade blog lagi.so tak bole nak jadi follower..aku jadi silent reader je..

and sampai sekarang.kak nadya pon jadi follower aku tau!
thanx akak. :)

eh.tu baru intro je..

kenape aku suke bace blog kak nadya?..
hm..sebab  blog dia best la!
bace blog kak nadya nih macam bace novel tau..
hari2 dia update..dua tiga entri dalam satu hari.kadang kadang lebih..

paling suke bace cite cinta kak nadya dengan husband dia..aqib.
sweet lah depa nih.baru je kahwin taun lepas...
sweet sangat cerita cinta depa :)

memang macam novel cite kak nadya nie.
ada cerita sedih.gembira.
macam macam ade.

kalau korang nak bace klik kat sini


akak, sori kalau tak suke saya tulis cerita pasal akak..kalau tak suke bgtau eh.. :)
tapi saya memang adore akak!

kak nadya, be strong ok!

love ;)


EXAM IS OVER!

assalamualaikum =)

hari nie bermulanya cuti sem selama 4 bulan..4 bulan tuh weh..4 bulan..lme tuh.. ^.^
semalam baru je habis paper..sem nie aku ade 4 paper tuk finals..
  • hubungan etnik
  • indeterminate structure
  • calculus II
  • hydrology

hope result ok lah ae.. =)

semalam jgakla aku out dari rumah sewa aku..plan nak balek hari rabu.tp tup2 akak kol kate nak amek malam tuh jugak.tak kelam kabut aku nak kemas barang.dahla nak blah terus kot.cer korang byangkan brg pompuan.mestlah byk kan..nak taknak tepakse la..mmg byk kot..fuh penat.=,="

semoga 4 bulan nih terisi dengan mende yang bermanfaat.
takde plan pape lagi weh..
and hopefully tak banyak la kilang2 lemak yang akan dibuka yek :P
korang,

HEPI HOLIDAYS!! =)





04/05/2011

khas buat LELAKI


Andai lelaki tahu,apabila seorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu , apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
                                                   
Andai lelaki tahu , apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu , apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu , apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu , apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu , apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu , apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu , apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu , apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu , apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu , apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu , sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.




a very nice thing to share.
inspired by cik mida

love ;)

kalau ku lulus

assalamualaikum. (=

takut nih..nervous..sume ade..petang nanti pkul 2.15-5.15pm nak amik exam dah.
calculus @ mat 455.

macam2 boleh jadi..bile buat exercise mesti banyak buat mistake, careless, tekan calculator tak betul...macam2..haish..

tenang ye wahai hati.

pray the best for me dearest friend (=.

after this paper i have 1 more paper left.
tak sabar rasenye nak habiskan sume paper then cuti 4 bulan..hohoo..

ok.ok.dah lewat nih.
nak tido dah.

wish me all d best k..
kawan-kawan yang tengah final pon gudluck ok! (=
all d best!.

love ;)